Isnin, 3 November 2008

PERATURAN – PERATURAN PERMAINAN PING PONG

Mengikut ITTF beberapa peraturanan serta format permainan ping pong telah diubah suai kepada peraturan serta format yang baru.

Berikut adalah di antara peraturan yang telah diterima pakai:

- Penentuan servis mula dibuat mengikut undian.
- Ketika membuat servis bola perlu dilambung sekurang – kurangnya 6 inci.
- Mana – mana servis dibuat yang tidak mengenai bola adalah dikira telah membuat servis dan mata diberikan pada lawan.
- Ulangan servis perlu dilakukan setiap kali bola terkena jaring yang masuk ke gelanggang lawan (tiada had).
- Bola yang masuk secara melencung ke gelanggang lawan (tidak melalui jaring) adalah dikira.
- Bola yang terkena tangan dan masuk kegelanggang lawan juga dikira.
- Mana-mana pemain yang menampan meja ketika membuat pukulan dikira batal.
- Bat yang terkena meja di mana-mana semasa permainan tidak dikira batal.
- Kiraan mata setiap pemainan adalah 11.
- Setiap keputusan pengadil adalah mutamad

Tiada ulasan: